Assalamualaikum
wbt.
Alhamdulillah syukur ke hadrat
Illahi dengan limpah dan kurniaNya kita diberikan semangat dan kekuatan bagi
mewujudkan bilik Sumber PPDa ini. Sesungguhnya berkat usaha semua warga sekolah
dan PIBG, lahirlah bilik Sumber PPDa SMK Telok Mas.
Sokongan dan
idea-idea bernas daripada semua pihak amat saya hargai. Juga, segala bantuan
dan dorongan daripada guru-guru, kakitangan sokongan, pemimpin setempat, PIBG
dan agensi luar diucapkan jutaan terima kasih. Tidak lupa juga ucapan terima
kasih buat semua ahli PRS yang tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan dan tenaga
tanpa mengira masa.
Usaha murni
mewujudkan Bilik Sumber PPDa ini dapat memberi maklumat kepada semua pihak
samada secara langsung atau tidak langsung akan bahayanya masalah penagihan
dadah.
Semoga
generasi akan datang menyedari bahawa penyalahgunaan dadah membawa padah bukan
sahaja kepada diri sendiri malah kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan
negara. Harapan saya visi PPDa iaitu Sekolah Bebas Dadah akan menjadi panduan
bagi melahirkan warga sekolah yang sihat dan cemerlang.
Wassalam.
Tuan Hj. Yusof Bin Othman
Pengetua,
SMK Telok Mas,
Melaka.
0 comments :
Post a Comment