f .

Tuesday, November 3, 2015

Semarak PPDa

SMK Telok Mas Bebas Dadah

Tuesday, September 29, 2015

Majlis Pelancaran Minggu PPDa SMK Telok Mas 2015


Pelancaran Majlis Minggu PPDa peringkat sekolah tahun 2015 telah disempurnakan oleh Cik Norlela Binti Jonet, Ketua Unit PPDa, JPN Melaka pada 30 Mac 2015.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu patriotik dan lafaz ikrar sekolah. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dari Tuan Pengetua diikuti dengan ucapan dan perasmian oleh Cik Norlela Binti Jonid.

Sebagai simbolik kepada perasmian majlis, Cik Norlela diminta untuk menurunkan tandatangan pada Buku Aktiviti Sekolah. Majlis diserikan lagi dengan persembahan sketsa daripada pelajar PRS sekolah berjudul ' HIDUP BAHAGIA TANPA DADAH'.Majlis diakhiri dengan sesi bergambar di 'Booth Kenangan PPDa' dan penyampaian cenderahati kepada perasmi.

Minggu PPDa diteruskan dengan pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancang. Semoga usaha kecil ini memberikan impak yang besar kepada semua warga sekolah dalam melaksanakan visi SEKOLAH BEBAS DADAH.


Gambar sekitar Majlis Pelancaran dan Minggu PPDa SMK Telok Mas 2015:

Program Pengantarabangsaan Pelajar Sarana PIBG SLAD - PPDa Melaka


Pada 23 hingga 27 Mei 2015 yang lalu unit PPDa SMK Telok Mas telah mengadakan Program Pengantarabangsaan Pelajar Sarana Ibu-Bapa- SLAD PPDa anjuran bersama Jabatan Pendidikan Melaka,Unit PPDa serta PIBG SMK Telok Mas

Program ini melibatkan beberapa buah sekolah di Negeri Melaka iaitu SMK Telok Mas, SMK Malim, SMK Sultan Alauddin, SMK Sungai Udang dan SMK Tanjung Minyak. Guru,ibubapa dan pelajar telah berbasikal mengelilingi Pulau Karimun Besar, Indonesia

Kasih Sarana PIBG Melaka dan RIMUP PPDa - Karimun, Indonesia dirancang bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar di peringkat antarabangsa.Objektif program adalah memastikan inisiatif IKBS dapat dilaksanakan pada tahap tertinggi, mengamalkan gaya hidup sihat dan kesedaran tentang bahaya menyalahgunakan dadah serta melaksanakan Skim Lencana Anti Dadah dan Anugerah Remaja PErdana Rakan Muda.


Gambar sekitar program :

Monday, September 2, 2013

-




Assalamualaikum wbt.

                Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya kita diberikan semangat dan kekuatan bagi mewujudkan bilik Sumber PPDa ini. Sesungguhnya berkat usaha semua warga sekolah dan PIBG, lahirlah bilik Sumber PPDa SMK Telok Mas.

                Sokongan dan idea-idea bernas daripada semua pihak amat saya hargai. Juga, segala bantuan dan dorongan daripada guru-guru, kakitangan sokongan, pemimpin setempat, PIBG dan agensi luar diucapkan jutaan terima kasih. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat semua ahli PRS yang tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan dan tenaga tanpa mengira masa.

                Usaha murni mewujudkan Bilik Sumber PPDa ini dapat memberi maklumat kepada semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung akan bahayanya masalah penagihan dadah.
               
                Semoga generasi akan datang menyedari bahawa penyalahgunaan dadah membawa padah bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Harapan saya visi PPDa iaitu Sekolah Bebas Dadah akan menjadi panduan bagi melahirkan warga sekolah yang sihat dan cemerlang.

Wassalam.


Tuan Hj. Yusof Bin Othman
Pengetua,
SMK Telok Mas,
Melaka.


Tuesday, August 27, 2013

Arak Haram Di Sisi Islam

 
 
 
 
 
Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w

ما أسكر كثيره فقليله حرام
Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )


Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)



Lagi Allah menegaskan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)


Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.
Kerana itu nabi menyebut :-

الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)


Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

Sumber  :  ummiziy09.blogspot.com




Thursday, August 22, 2013

Merokok Dari Pandangan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah:

1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.


Sumber : JAKIM