f - ~ .

Monday, September 2, 2013

-




Assalamualaikum wbt.

                Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya kita diberikan semangat dan kekuatan bagi mewujudkan bilik Sumber PPDa ini. Sesungguhnya berkat usaha semua warga sekolah dan PIBG, lahirlah bilik Sumber PPDa SMK Telok Mas.

                Sokongan dan idea-idea bernas daripada semua pihak amat saya hargai. Juga, segala bantuan dan dorongan daripada guru-guru, kakitangan sokongan, pemimpin setempat, PIBG dan agensi luar diucapkan jutaan terima kasih. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat semua ahli PRS yang tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan dan tenaga tanpa mengira masa.

                Usaha murni mewujudkan Bilik Sumber PPDa ini dapat memberi maklumat kepada semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung akan bahayanya masalah penagihan dadah.
               
                Semoga generasi akan datang menyedari bahawa penyalahgunaan dadah membawa padah bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Harapan saya visi PPDa iaitu Sekolah Bebas Dadah akan menjadi panduan bagi melahirkan warga sekolah yang sihat dan cemerlang.

Wassalam.


Tuan Hj. Yusof Bin Othman
Pengetua,
SMK Telok Mas,
Melaka.


0 comments :

Post a Comment